Aktiviti Koko

28 02 2007

SKALK, 28 Feb – Setiap hari rabu pukul 2.30 hingga 4.30 petang semua murid tahap 2 terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah. Antara aktiviti wajib dilaksanakan di sekolah ini ialah aktiviti kelab dan persatuan, sukan permainan dan paling gempak ialah unit beruniform. Apa lagi kalau bukan Pengakap.

Sepertimana pekeliling menggariskan peruntukan masa selama 60 minit seminggu bagi murid tahun 3 dan 4. Sementara itu murid tahun 5 dan 6 pula jumlah masanya ialah 120 minit seminggu.

Bagi menyempurnakan minit-minit yang wajib diikuti oleh murid-murid ini, mereka dibahagikan kepada 2 unit beruniform iaitu Unit Pengakap di bawah pengawasan En Zulkifli Talib dan Unit Puteri Islam yang di kelolakan oleh Ustazah Zaiton. Bagi unit beruniform, perjumpaan wajib mereka diadakan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Seterusnya kelab dan persatuan berasaskan akademik ditubuhkan iaitu Kelab Bahasa Melayu kelolaan En Yusof Wan Ahmad, Kelab Bahasa Inggeris diselia oleh Pn Arina Samsudin, dan Kelab Seni dan Komputer oleh En Mohd Yasin Ismail. Semua kelab ini diperuntukan masa 60 minit sahaja dan dijalankan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Bagi sukan permainan pula Kelab Bola Sepak dan Olahraga dikelolakan oleh En Rizalman, Kelab Bola Baling oleh En Rusneyrizzal dan Kelab Badminton dan Ping Pong dikelolakan oleh En Zamani dengan peruntukan masa masing-masing selama 60 minit setiap sesi yang dijalankan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan.





Saguhati

27 02 2007

SETIU 27 Feb – Pejabat Pelajaran Daerah Setiu menganjurkan pertandingan mewarna untuk murid di daerah Setiu. Difahamkan pertandingan ini dijalankan serentah seluruh negeri yang dikelolakan oleh PPD daerah masing-masing dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

SKALK menghantar 3 penyertaan sesuai dengan status sekolah ini sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Program ini adalah idea MB Terengganu Dato’ Idris Jusoh dengan temanya “Memahat Sejarah Mencipta Tamadun” bagi tahun 2007. Sekolah ini menetapkan tiga kategori yang disertai iaitu kategori Pra-Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi kategori Pra-Sekolah diwakili oleh adik Umi Umaira Afnan sementara untuk kategori Tahap 1 pula diwakili oleh adik Normala Shakri dan adik Nurul Aznida Abd Wahab pula mewakili kategori murid Tahap 2. En Mohd Yasin ditugaskan membawa murid-murid terlibat ke PPD seawal pukul 7.30 pagi lagi.

Kira-kira 12.00pm – Pertandingan ini selesai. Walaupun, peserta SKALK tidak memenangi pertandingan ini sesuatu yang perlu diingati ialah peserta sekolah telah menunjukkan bakat mereka dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya dua hadiah saguhati dimenangi iaitu bagi kategori Pra-Sekolah dan Kategori Tahap 1, sementara Tahap 2 tidak mendapat apa-apa hadiah.

Semua peserta mendapat sijil penyertaan dan cenderamata berupa beg yang diprint nama aktiviti pada hari ini.





Hello world!

23 02 2007

Welcome to WordPress.com. This is your first post.

23 Feb – Mula buka blog ini. Sebelum ini kita buka di blogdrive. Updated mengenai SKALK akan dibuat di sini.

Untuk sementara, sebab tak ada benda nak buat… tenguk gambar saya dulu, he he
Gambar terbaru